Make your own free website on Tripod.com
   
  | Pengenalan | Faqeh | Madu Minda | Li Khamsatun | Khal | Saffron | Kopi Ibnu SIna | Teh Halia Za'faran |
  | Menjadi Ahli | Testimoni | Seminar & Kursus | Hubungi Kami |
 
 

 
  Harga:  
  RM 75.00 Sem. M'sia
  RM 78.00 Sabah/ Sarawak
  $40.00 Singapore/ Brunei
     
  RM 58.00 Harga Ahli

1 botol khal = 1 liter
 

KHAL

KHAL TAMAR PLUS - Penyembuh pelbagai penyakit kronik yang digeruni zaman ini iaitu darah tinggi, kencing manis, kolestrol, obesiti, jantung dan lain-lain.

APA ITU KHAL?

KHAL adalah nama dalam bahasa Arab bermaksud suatu bahan daripada buah-buahan seperti tamar (kurma), epal, anggur, dan tin (fiq) yang disimpan atau di peram dalam jangka masa tertentu. Khal yang diperbuat daripada buah tamar ini adalah menurut kaedah yang dicadangkan oleh Ulamak Perubatan Islam dalam kitab-kitab perubatan mereka.

Khal ini adalah satu bentuk minuman kesihatan badan, dicampur dengan madu lebah dari negara Islam Iran, dimakan bersama herba-herba penting bagi mencapai kesihatan dan penyembuhan yang maksimum.

PROSES KHAL

  1. Buah Kurma di peram sehingga menghasilkan Jus buah kurma
  2. bertukar menjadi Alkohol
  3. bertukar menjadi Yis
  4. bertukar menjadi Asid asetat
  5. bertukar menjadi Alkali
  6. Akhir sekali,bertukar menjadi KHAL

Khal tidak melalui proses penapisan atau penyulingan bagi memelihara keaslian yang berkhasiat. Ia dicampur dengan madu asli bagi memenuhi keberkesanan khasiat minuman kesihatan KHAL menurut kaedah perubatan Islam. Ia merupakan minuman kesihatan yang diamalkan oleh para nabi pada suatu masa dahulu. Tambahan pula khal ini didatangi bersama dengan sebotol kecil herba. KHAL tidak mengandungi pewarna tiruan, perisa dan bahan pengawet.

KHASIAT KHAL SECARA TERPERINCI

  • Menurunkan kandungan gula dalam darah
  • Mengekalkan darah pada tahap yang konsisten
  • Menurunkan darah tinggi
  • Membuang kolestrol lemak di badan terutamanya pada system usus di perut, lemak di saluran jantung, lemak di buah pinggang
  • Membaiki fungsi buah pinggang dengan cara memulihkan sel-sel organ badan
  • Membantu dan mengawal dan mengimbangkan berat badan (obesity) bagi mengelak daripada terjadinya penyakit kencing manis
  • Membantu mengawal metabolisme kalsium, menstabilkan asid dalam badan
  • Dapat merawat masalah gaut
  • Awet muda, badan yang langsing, keremajaan kulit di muka. Kulit kesihatan sihat
  • Melegakan kulit yang kelihatan terbakar terutamanya di muka, tangan dan bintik-bintik hitam di kulit
  • Membantu mengatasi masalah sembelit, terjadinya buasir,
  • Menstabilkan air kencing, mencuci buah pinggang, pundi kencing, kencing rasa tak puas bagi lelaki dan perempuan kerana khal membunuh bacteria berbahaya (E-Koli). Kepuasan membuang air besar serta mengelak masalah usus dan berbagai penyakit merbahaya yang lain
  • Mencegah dari awalnya batu karang di pundit kencing di buah pinggang dan batu di hempedu
  • Membantu serta mencegah masalah kuman dan bacteria dari organ-organ terutamanya di usus, tisu-tisu badan serta sendi dan masalah arthritis (masalah tulang)
  • Membantu serta melegakan masalah sakit kerongkong, saringitis, menguatkan gigi gusi dan kuman (bacteria) di mulut
  • Membantu serta merawat pesakit asma, selsema, batuk yang berpanjangan dan sinus (resdung) untuk bernafas secara normal
  • Melegakan kepenatan, sakit kepala serta membuang kepanasan badan, memulih tenaga
  • Mencegah masalah kelumumur, kegatalan kulit kepala, rambut kering, rambut gugur dan botak
DALIL-DALIL MENGENAI KHAL DARI HADIS NABI

Maksudnya: Imam Muslim meriwayatkan dalam hadis sohihNya dari Jabir bin Abdullah r.d. Bahawasanya Rasulullah SAW bertanyakan tentang hidangan lauk kepada keluarga Baginda, lalu mereka menjawab: "Kami tidak mempunyai apa-apa pun melainkan KHAL". Lalu Baginda pun memintanya; lalu Baginda pun mengatakan: "Sebaik-baik hidangan adalah KHAL". (Dikeluarkan oleh Muslim 2052).

Perhatian: Dalam hadis sohih di atas, Rasulullah SAW mengulangi sebanyak 2 kali perkataan "Sebaik-baiknya hidangan adalah KHAL". Dalam kitab-kitab perubatan Islam, ulamak perubatan Islam menyebutkan bahawa pengulangan sebanyak 2 kali oleh nabi SAW ini adalah satu penegasan dan kepentingan KHAL untuk kesihatan umatnya.

Terjemahannya: Dalam Sunan Ibnu Majah, daripada Ummu Said r.d. dari Nabi SAW. "Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL. Ya Allah berkatilah KHAL, sesungguhnya KHAL itu adalah makanan para nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah." (Hadis dikeluarkan oleh Ibnu Majah, 3318).

Perhatian: Pertama - Kita dapat lihat sendiri bahawa Rasulullah SAW dalam hadis iaitu " Ya Allah, berkatilah pada KHAL". Rasulullah SAW memohon hajat kepada Allah agar diberkati amalan meminum KHAL, sudah pastilah doa Rasulullah ini dimakbulkan oleh Allah kerana Baginda adalah kekasihNya dan pastilah juga terdapat rahsia kepentingan KHAL oleh tubuh badan yang diciptakan oleh Allah SWT.

Perhatian: Kedua - Hadis di atas ada menyebutkan perkataan Baginda SAW iaitu "sesungguhnya KHAL itu adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku".Ia merupakan satu penegasan dari Baginda SAW bahawa KHAL adalah minuman yang diamalkan sejak dahulu kala oleh para nabi sebelum dari Nabi Muhammad SAW lagi. Ini menunjukkan KHAL adalah "minuman kesihatan sunnah nabi-nabi" yang tidak boleh ditinggalkan oleh umat Islam demi hikmah, keistimewaan dan kesihatan yang cemerlang.

Perhatian: Ketiga - Saranan atau galakan Rasulullah SAW dalam hadis ini tentang sabda Baginda SAW iaitu "dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah". Ini dapat kita fahami bahawa KHAL perlu sentiasa ada dirumah, sentiasa diminum oleh ahli keluarga di rumah tersebut. Perlu di ambil perhatian yang lebih kepada sebarang doa dan suruhan, penegasan dan galakan dari Rasulullah SAW kerana Baginda tidak akan bercakap sesuatu apa pun melainkan wahyu yang diwahyukan oleh Allah.

Firman Allah dalam Al-Quran surah Al-Najmu, ayat 3 bermaksud " Dan tidaklah Muhammad itu berucap sesuatu dengan hawa nafsunya melainkan wahyu (Allah) yang diwahyukan".

Allah Maha Mengetahui kehendak tubuh badan manusia, diberitahu melalui Nabi SAW untuk hambaNya.

KENYATAAN DARI SAIYIDINA ALI K.W

Terjemahannya: "Sebaik-baik hidangan ialah KHAL kerana dapat memecahkan lemak di badan dan menghidupkan hati".

Lihat dalam Kita Perubatan Saiyidina Ali K.W. oleh Muhsin Aqil, Darul Mahajjah Al- Baida', Bairul 1418, muka surat 320-325.

KEBAIKAN KHAL MENURUT ULAMAK PERUBATAN ISLAM TERKENAL IAITU IBNU SINA (TAHUN 370-428 H) DALAM KITAB BELIAU AL-QANUN FI AL-TIB TAHQIQ DAN TA'LIQ OLEH SA'ID AL-LAHHAM, JUZUK 1, DARUL FIKRI, BAIRUT TAHUN 1414 H, MUKA SURAT 908-909.

Terjemahannya: "Khal dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser), menyucikan darah, membaiki masalah pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan, menjaga kulit dari kepanasan matahari, mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolestrol), menstabilkan asid dan garam di badan, membuang keracunan badan (toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata, telinga, serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan.

Lihat juga kitab Saidaliyyatu Ibnu Sina, Syarah dan Ta'lik oleh Ridho 'Ayash, Darus As-Surur, Bairut, Tahun 1420 H, muka surat 725-727.

KEBAIKAN KHAL MENURUT ULAMAK ISLAM TERKENAL IAITU IBNU QAIYYIM AL-JAUZIYYAH (TAHUN 691-751 H) DALAM KITAB BELIAU AL-TIB AL-NABAWI DARUL KITAB AL 'ARABI, BAIRUT 1410 H, MUKA SURAT 233.

Terjemahannya: Khal bermanfaat untuk mengatasi masalah gastrik di perut, masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu), mencegah terhadap bahayanya ubat-ubatan (kesan sampingan dari ubat yang pelbagai) yang boleh membawa kepada kematian. Khal dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah yang terketul dalam perut (masalah ganguan haid). Khal bermanfaat masalah limpa, membersihkan usus (membuang toksik di perut), menguatkan sistem perut (masalah buasir), menghilangkan masalah dahaga (panas badan), mencegah sebarang pembengkakan yang akan terjadi ditubuh manusia (seperti kanser, bisul dan sebagainya), membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan membersihkan darah manusia (darah yang beracun)

KENAPA KHAL DIPERLUKAN OLEH TUBUH BADAN?

Khal kaya dengan kandungan potassium bagi membantu mengekalkan keremajaan (awet muda) dan kaya dengan vitamin seperti vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta korena dan vitamin P (bioflavonoid).

KENAPA KHAL DARIPADA BUAH TAMAR (KURMA)

Ini kerana khasiat kurma yang terlalu banyak untuk kesihatan badan. Diantara hadis Nabi SAW ialah

Terjemahannya: "Terdapat di dalam hadis As-Shahih dari Nabi SAW "Sesiapa yang makan tujuh buah tamar (kurma) dipagi hari (dan menurut satu lafaz: tamar dari Al-Aliyah) maka dia akan selamat dari bisa, racun dan sihir pada hari itu".

(Di keluarkan oleh Imam Bukhari 10/203, dan oleh Imam Muslim)

Kebaikan buah tamar disebut sebagai makanan yang dapat mengubati masalah darah, masalah usus, masalah hati, hempedu, lemah jantung, menambah air mani, masalah kerongkong dan mulut, menambahkan nutrisi tubuh badan, mematikan kuman (bakteria), masalah migrain dan penawar racun dalam badan yang sangat baik.

KHAL DAN MADU

Ini kerana menurut kitab-kitab perubatan Islam, ianya dapat mencepatkan tindakbalas kesihatan badan serta penyembuhan pelbagai penyakit. Madu lebah juga adalah ubat yang turun bersama wahyu. (Lihat surah Al-Nahl, ayat 65-69)

CARA MAKAN

Masukkan semua herba dalam botol kecil ke dalam botol khal. Ambil tiga sudu besar, diminum dua kali sehari pagi dan malam selepas makan. Boleh juga ditambah madu atau diminum dengan air sejuk.
  | Pengenalan | Faqeh | Madu Minda | Li Khamsatun | Khal | Saffron | Kopi Ibnu SIna | Teh Halia Za'faran |
  | Menjadi Ahli | Testimoni | Seminar & Kursus | Hubungi Kami |