Make your own free website on Tripod.com
   
  | Pengenalan | Faqeh | Madu Minda | Li Khamsatun | Khal | Saffron | Kopi Ibnu SIna | Teh Halia Za'faran |
  | Menjadi Ahli | Testimoni | Seminar & Kursus | Hubungi Kami |
 
 

 
  Harga:  
  RM 19.00 Sem. M'sia
  RM 20.50 Sabah/ Sarawak/ Brunei
     
  RM 16.00 Harga Ahli

1 bungkus = 20 sachets

 

KOPI IBNU SINA

Kopi Herba Ibnu Sina adalah gabungan empat dalam satu (4+1) yang terdiri daripada herba-herba penting untuk kesihatan manusia yang mana setiap satu dari herba tersebut mempunyai nas atau dalil kebaikannya dari Nabi SAW sendiri serta disokong oleh sahabat-sahabat Baginda dan seterusnya Ulamak Perubatan Islam dahulu dan masa sekarang . Antara campuran kopi herba Ibnu Sina adalah

  • Hindiba'
  • Habbatus Sauda'
  • Hulbah
  • Zanjabil

KHASIAT KOPI HERBA IBNU SINA

  • Masalah jantung, darah tinggi, kencing manis,
  • Masalah, urat saraf,, angin dalam badan,
  • Masalah paru-paru, buah pinggang, sakit dada
  • Membuang keracunan (toksin) dalam badan
  • lelah, melegakan pernafasan
  • Masalah usus, system penghadaman, gastric,
  • Masalah limpa,
  • Masalah keletihan
  • Menstabilkan darah, menstabilkan suhu badan
  • Menambahkan air mani, awet muda
  • Penyakit mata seperti selaput mata, kepanasan mata
  • Penyakit kerengkong (kerengkongan, kepanasan rengkong)
  • Melegakan gelema, kahak
  • Luka-luka dalam perut
  • melawaskan kencing
  • Sakit kepala

KETERANGAN RINGKAS 4 HERBA DALAM KOPI HERBA IBNU SINA

1. Hindiba'

Pokok Hindiba' sangat terkenal sebagai herba yang sangat baik untuk kesihatan sejak zaman Yunani, zaman Pliny (A.D 23-79), Zaman Napoleon, Greek, Rom dan Mesir Purba (kerajaan Firaun) . Setelah kedatangan Nabi Muhammad SAW , hindiba' menjadi semakin terkenal kerana Baginda sendiri banyak meriwayatkan tentang hindiba'. Ulamak Perubatan Islam menyebut bahawa hindiba' dapat menyembuhkan berbagai-bagai penyakit manusia dan ianya sesuai dimakan bersama madu lebah.

Dalil-dalil kebaikan hindiba':

Terlalu banyak dalil kebaikan hindiba' di antaranya Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :

Maksudnya: Bersabda Rasulullah SAW, " Makanlah oleh kamu hindiba' dengan cara kesemuanya bahagian pokok tersebut, sesungguhnya tidaklah sehelai daripada daun hindiba' itu melainkan mengandungi air dari syurga"

Lihat kitab Tibbun nabawi muka surat 368, kitab Tibbun nabi muka surat 20, dan kitan Tibbul . muka surat 244 berkenaan khasiat hindiba'.

Sayidina Ali bin Abi Talib k.w juga ada meriwayatkan tentang kebaikan hindiba' yang maksudnya sama dengan apa yang diriwayatkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Lihat kitab Tibbun Imama Ali muka surat 245.

Kenyataan kebaikan hindiba' oleh Ulamak Perubatan Islam yang terkenal di zaman silam iaitu Imam Ja'afar As-Sodiq r.h (83-148H), beliau mengatakan:

Maksudnya: Hendaklah kamu memakan hindiba' kerana ianya dapat menyuburkan air mani dan mencantikkan muka" (mencantikkan muka dapat dimaksudkan sebagai awet muda.

Lihat kitab Tibbul Imamas Sodiq muka surat 125, kitab Tibbul Imamar Ridho muka surat 312 dan kitab Tibbul . muka surat 245.

Khasiat hindiba' menurut Ibnu Sina (370-428H), seorang Ulamak Perubatan Islam terkenal sejak dahulu sampai ke hari ini, beliau mengatakan:

Terjemahannya: Berkata Ibnu Sina : Hindiba' dapat membuka segala yang tersumbat di saluran makan (usus) dan di dalam urat saraf. Mengubati penyakit mata, menghapuskan penyakit peputihan di mata (selaput mata) dan menstabilkan denyutan jantung. Bermanfaat untuk penyakit kerengkong (kerengkongan, kemerahan rengkong), dapat melegakan kahak, gelema serta memperbaiki usus-usus di perut. Hindiba' merupakan penawar yang terpilih untuk mengatasi segala masalah kelemahan di perut. (Lihat kitab Al-Qanun Fittib oleh Ibnu Sina muka surat 550.

Khasiat hindiba' menurut ulamak perubatan Islam terkenal, Ibnu Qayyim Al-Juziah (691-751 H), dalam kitabnya iaitu Tibbun nabawi muka surat 368, beliau menyatakan: Maksudnya, "Apabila dimakan maka hindiba' boleh melegakan luka-luka dalam perut, bermanfaat untuk segala yang tersekat di perut, penyakit kepanasan mata (masalah penyakit mata), menguatkan perut, membuka segala yang tersumbat di hati, bermanfaat untuk penyakit kepanasan dan kesejukan badan, membuka segala yang tersumbat di limpa, diurat-urat saraf, di saluran makanan (perut), membersihkan buah pinggang, membersihkan segala penyakit di dada, membersihkan (menghilangkan) kepanasan darah, penyakit kencing serta hindiba' mempunyai kekuatan menghapuskan segala masalah kerancunan badan (toksin)"

2. Habbatus Sauda'

Habbatus sauda' adalah sejenis bijirin herba yang sangat terkenal khasiatnya dalam perubatan Islam. Dalil atau nas kebaikan habbatus sauda' terlalu banyak diantaranya sabda Rasullullah SAW dalam hadis sohih diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim , Baginda SAW menyatakan:

Maksudnya: "Daripada hadis Abi Salamah r.d bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "hendaklah kamu mengambil habbatus sauda' ini, kerana ianya penyembuh bagi setiap penyakit, melainkan mati"

Lihat kitab Tibbun nabawi muka surat 273, kitab Tibbun nabi muka surat 110 dan kitab Al-Imam As-Sodiq muka surat 194.

Khasiat Habbatus Sauda'

Ibnu Sina dalam kitabnya Al-Qanun Fi Al-Tib muka surat 856 mengatakan bahawa: Habbatus Sauda' dapat melegakan angin dalam badan, masalah paru-paru, sakit kerongkongan, sakit kepala, buah pinggang, kencing, gastric, menguatkan jantung, menghilangkan keletihan dan membuang keracunan badan (toksin).

Begitu juga dengan pendapat Ulamak Perubatan Islam yang lain seperti Ibnu Al-Baithor dalam kitabnya Jamiah , dan Daud Al-Intoqi dalam kitab Tazkirah dan lain-lain lagi.

3. Hulbah

Hulbah adalah sejenis bijirin herba yang digunakan secara meluas dalam perubatan Islam sejak zaman dahulu kala lagi. Terdapat banyak riwayat tentang kebaikan hulbah sama ada dari Nab SAW sendiri dan ulamak perubatan Islam, di antaranya:

Maksudnya: Disebut darpada Al-Qasim bin Abdul Rahman , dia berkata: telah bersabda Rasulullah SAW , " Berubatlah kamu dengan hulbah ".

Lihat kitab Tibbun Nabawi muka surat 276 dan kitab Tibbun nabi muka surat 53.

Kebaikan hulbah menurut Ulamak Perubatan Islam, diantaranya ialah:

Tejemahannya: " Seandainya manusia mengetahui manfaat hulbah tentulah mereka akan membelinya dengan emas yang sama timbangannya."

Khasiat Hulbah

Dalam kitab-kitab perubatan dinyatakan bahawa hulbah mengubati masalah kerongkong, kahak, sakit dada, lelah, melegakan pernafasan, menambahkan air mani, masalah usus, angin/ gastric, jantung, buah pinggang dan keracunan dalam badan (toksin).

Lihat kitab Al-Qanun Fi- Al-Tib muka surat 597-598., kitab Tibbun Nabawi muka surat 276, kitab Sibliyah Al-I'syab dan kitab Sidliyah Al-Ator muka surat 191-192.

4. Zanjabil

Sudah menjadi amalan kebiasaan orang-orang Arab sejak zaman dahulu hingga sekarang, mereka memasukkan zanjabil dalam minuman harian teh, kopi, susu dan madu kerana khasiatnya yang sangat banyak menurut perubatan Islam,

Zanjabil adalah salah satu herba yang disebut dalam Al-Quran dalam surah Al-Insan ayat 18.

Maksudnya: "Mereka dalam syurga ini diberi sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil .

Khasiat Zanjabil

Menurut kitab-kitab perubatan Islam, zanjabil dapat mengatasi masalah kesihatan seperti sakit dada, jantung, lelah, lemah paru-paru, angina dalam badan, mengubati darah, penghadaman, usus serta membuang keracunan badan.

Lihat kitab Al-Qanun Fi-Al-Tib muka surat 558-559, kitab Tibun Nabawi muka surat 293 dan kitab Sidliyah Al-A'tor muka surat 293-294 dan serta kitab Sidliyah A;-I'syab muka surat 253.

  | Pengenalan | Faqeh | Madu Minda | Li Khamsatun | Khal | Saffron | Kopi Ibnu SIna | Teh Halia Za'faran |
  | Menjadi Ahli | Testimoni | Seminar & Kursus | Hubungi Kami |