Make your own free website on Tripod.com
   
  | Pengenalan | Faqeh | Madu Minda | Li Khamsatun | Khal | Saffron | Kopi Ibnu SIna | Teh Halia Za'faran |
  | Menjadi Ahli | Testimoni | Seminar & Kursus | Hubungi Kami |
 
 

 
Harga  
RM 38.00 Sem. M'sia
RM 39.50 Sabah/ Sarawak / Brunei
$21.00 S'pore
RM 30.00 Harga Ahli
   
 


LI KHAMSATUN

Li Khamsatun terdiri daripada madu lebah dan dua puluh (20) herba berkhasiat. Kesemua gabungan ini mempunyai dalil-dalil atau nas sama ada dari Al-Quran, Hadis Nabi SAW dan pendapat Ulamak Perubatan Islam . Inilah satu gabungan yang sangat kuat dengan dalil-dalil atau nas yang insyaAllah dapat menyembuhkan penyakit manusia. Di antara 5 herba dalam produk ini adalah

  • Hindiba'
  • Habbatus Sauda'
  • Babunaj
  • Hulbah
  • Zanjabil

Madu diambil dari Negara Islam Iran kerana khasiatnya yang banyak disebabkan lebah disana menghisap madu dari pohon kurma, tin, zaitun, delima dan sebagainya yang mana kesemua buah-buahan ini disebut dalam Al-Quran dan kitab-kitab perubatan Islam tentang khasiatnya yang sangat banyak

KHASIAT LI KHAMSATUN

Khasiat Li Khamsatun untuk kesihatan manusia terlalu banyak kerana ianya menggunakan madu lebah yang mana madu sendiri disepakati oleh Ulamak Perubatan Islam serta ahli perubatan barat dan timur yang dapat menyembuhkan berbagai penyakit manusia. Tambahan pula dalam Li Khamsatun ini terdapat 20 herba pilihan yang dinyatakan dalam kitab-kitab Perubatan Islam tentang khasiatnya yang sangat banyak. Di antara khasiat yang disebut di dalam kitab-kitab adalah mengubati:

  • Masalah jantung, darah tinggi, kencing manis,
  • Memberi tenaga kelamin
  • Masalah Sakit sendi, urat saraf, angin dalam badan,
  • Masalah paru-paru, buah pinggang, sakit dada
  • Membuang keracunan (toksin) dalam badan
  • lelah, melegakan pernafasan
  • Masalah usus, system penghadaman, gastric,
  • Mengelak daripada terjadinya barah
  • Masalah limpa, hempedu,
  • Masalah keletihan, nafsu makan
  • Menstabilkan darah, menstabilkan suhu badan
  • Menambahkan air mani, awet muda
  • Penyakit mata seperti selaput mata, kepanasan mata
  • Penyakit kerengkong (kerengkongan, kepanasan rengkong)
  • Melegakan gelema, kahak
  • Luka-luka dalam perut
  • melawaskan kencing, mengubati kesakitan ketika haid
  • Sakit kepala

Dapat dikatakan bahawa Li Khamsatun adalah perubatan semulajadi yang menggunakan sumber alam ciptaan Allah secara terus, tidak ada bahan kimia, perasa, pengawet, pewarna yang boleh membawa kesan sampingan yang buruk.

KETERANGAN RINGKAS 5 DARIPADA 20 HERBA DALAM LI KHAMSATUN

1. Madu

Kebaikan madu terdapat dalam Al-Quran, surah Al-Nahl ayat 68-69

Maksudnya: "...dari perut lebah itu keluar minuman ( madu ) yang bermacam-macam warna. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan penyakit manusia."

2. Hindiba'

Pokok Hindiba' sangat terkenal sebagai herba yang sangat baik untuk kesihatan sejak zaman Yunani, zaman Pliny (A.D 23-79), Zaman Napoleon, Greek, Rom dan Mesir Purba (kerajaan Firaun) . Setelah kedatangan Nabi Muhammad SAW , hindiba' menjadi semakin terkenal kerana Baginda sendiri banyak meriwayatkan tentang hindiba'. Ulamak Perubatan Islam menyebut bahawa hindiba' dapat menyembuhkan berbagai-bagai penyakit manusia dan ianya sesuai dimakan bersama madu lebah.

Dalil-dalil kebaikan hindiba':

Terlalu banyak dalil kebaikan hindiba' di antaranya Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :

Maksudnya: Bersabda Rasulullah SAW, " Makanlah oleh kamu hindiba' dengan cara kesemuanya bahagian pokok tersebut, sesungguhnya tidaklah sehelai daripada daun hindiba' itu melainkan mengandungi air dari syurga"

Lihat kitab Tibbun nabawi muka surat 368, kitab Tibbun nabi muka surat 20, dan kitan Tibbul . muka surat 244 berkenaan khasiat hindiba'.

Sayidina Ali bin Abi Talib k.w juga ada meriwayatkan tentang kebaikan hindiba' yang maksudnya sama dengan apa yang diriwayatkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Lihat kitab Tibbun Imama Ali muka surat 245.

Kenyataan kebaikan hindiba' oleh Ulamak Perubatan Islam yang terkenal di zaman silam iaitu Imam Ja'afar As-Sodiq r.h (83-148H), beliau mengatakan:

Maksudnya: Hendaklah kamu memakan hindiba' kerana ianya dapat menyuburkan air mani dan mencantikkan muka" (mencantikkan muka dapat dimaksudkan sebagai awet muda.

Lihat kitab Tibbul Imamas Sodiq muka surat 125, kitab Tibbul Imamar Ridho muka surat 312 dan kitab Tibbul . muka surat 245.

Khasiat hindiba' menurut Ibnu Sina (370-428H), seorang Ulamak Perubatan Islam terkenal sejak dahulu sampai ke hari ini, beliau mengatakan:

Terjemahannya: Berkata Ibnu Sina : Hindiba' dapat membuka segala yang tersumbat di saluran makan (usus) dan di dalam urat saraf. Mengubati penyakit mata, menghapuskan penyakit peputihan di mata (selaput mata) dan menstabilkan denyutan jantung. Bermanfaat untuk penyakit kerengkong (kerengkongan, kemerahan rengkong), dapat melegakan kahak, gelema serta memperbaiki usus-usus di perut. Hindiba' merupakan penawar yang terpilih untuk mengatasi segala masalah kelemahan di perut. (Lihat kitab Al-Qanun Fittib oleh Ibnu Sina muka surat 550.

Khasiat hindiba' menurut ulamak perubatan Islam terkenal, Ibnu Qayyim Al-Juziah (691-751 H), dalam kitabnya iaitu Tibbun nabawi muka surat 368, beliau menyatakan: Maksudnya, "Apabila dimakan maka hindiba' boleh melegakan luka-luka dalam perut, bermanfaat untuk segala yang tersekat di perut, penyakit kepanasan mata (masalah penyakit mata), menguatkan perut, membuka segala yang tersumbat di hati, bermanfaat untuk penyakit kepanasan dan kesejukan badan, membuka segala yang tersumbat di limpa, diurat-urat saraf, di saluran makanan (perut), membersihkan buah pinggang, membersihkan segala penyakit di dada, membersihkan (menghilangkan) kepanasan darah, penyakit kencing serta hindiba' mempunyai kekuatan menghapuskan segala masalah kerancunan badan (toksin)"

3. Habbatus Sauda'

Habbatus sauda' adalah sejenis bijirin herba yang sangat terkenal khasiatnya dalam perubatan Islam. Dalil atau nas kebaikan habbatus sauda' terlalu banyak diantaranya sabda Rasullullah SAW dalam hadis sohih diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim , Baginda SAW menyatakan:

Maksudnya: "Daripada hadis Abi Salamah r.d bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "hendaklah kamu mengambil habbatus sauda' ini, kerana ianya penyembuh bagi setiap penyakit, melainkan mati"

Lihat kitab Tibbun nabawi muka surat 273, kitab Tibbun nabi muka surat 110 dan kitab Al-Imam As-Sodiq muka surat 194.

Khasiat Habbatus Sauda'

Ibnu Sina dalam kitabnya Al-Qanun Fi Al-Tib muka surat 856 mengatakan bahawa: Habbatus Sauda' dapat melegakan angin dalam badan, masalah paru-paru, sakit kerongkongan, sakit kepala, buah pinggang, kencing, gastric, menguatkan jantung, menghilangkan keletihan dan membuang keracunan badan (toksin).

Begitu juga dengan pendapat Ulamak Perubatan Islam yang lain seperti Ibnu Al-Baithor dalam kitabnya Jamiah , dan Daud Al-Intoqi dalam kitab Tazkirah dan lain-lain lagi.

4. Babunaj

Sejak zaman dahulu hingga kini, masyarakat Arab dan Farsi menganggap pokok babunaj sebagai pokok herba yang sangat istimewa untuk mereka. Bunga babunaj yang berwarna putih kekuningan sangat berkhasiat untuk mengubati berbagai-bagai penyakit.

Di antara khasiat bunga babunaj seperti mana yang disebut dalam kitab-kitab Perubatan Islam ialah dapat melawaskan kencing, mengubati kesakitan ketika haid, mengubati usus kecil dan besar, system penghadaman, gastric, buang angin dalam badan, menghilangkan kepanasan di badan, sakit kepala, sakit-sakit sendi serta dapat memberi semangat dan tenaga kepada seseorang.

Lihat kitab Al -Qanun Fi-Al-Tib Jilid 1, muka surat 473-474, kitab sidliyah a'tor muka surat 89-90, kitab sidliyah Al-I'syab dan kitab lain-lain.

5. Hulbah

Hulbah adalah sejenis bijirin herba yang digunakan secara meluas dalam perubatan Islam sejak zaman dahulu kala lagi. Terdapat banyak riwayat tentang kebaikan hulbah sama ada dari Nab SAW sendiri dan ulamak perubatan Islam, di antaranya:

Maksudnya: Disebut darpada Al-Qasim bin Abdul Rahman , dia berkata: telah bersabda Rasulullah SAW , " Berubatlah kamu dengan hulbah ".

Lihat kitab Tibbun Nabawi muka surat 276 dan kitab Tibbun nabi muka surat 53.

Kebaikan hulbah menurut Ulamak Perubatan Islam, diantaranya ialah:

Tejemahannya: " Seandainya manusia mengetahui manfaat hulbah tentulah mereka akan membelinya dengan emas yang sama timbangannya."

Khasiat Hulbah

Dalam kitab-kitab perubatan dinyatakan bahawa hulbah mengubati masalah kerongkong, kahak, sakit dada, lelah, melegakan pernafasan, menambahkan air mani, masalah usus, angin/ gastric, jantung, buah pinggang dan keracunan dalam badan (toksin).

Lihat kitab Al-Qanun Fi- Al-Tib muka surat 597-598., kitab Tibbun Nabawi muka surat 276, kitab Sibliyah Al-I'syab dan kitab Sidliyah Al-Ator muka surat 191-192.

6. Zanjabil

Sudah menjadi amalan kebiasaan orang-orang Arab sejak zaman dahulu hingga sekarang, mereka memasukkan zanjabil dalam minuman harian teh, kopi, susu dan madu kerana khasiatnya yang sangat banyak menurut perubatan Islam,

Zanjabil adalah salah satu herba yang disebut dalam Al-Quran dalam surah Al-Insan ayat 18.

Maksudnya: "Mereka dalam syurga ini diberi sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil .

Khasiat Zanjabil

Menurut kitab-kitab perubatan Islam, zanjabil dapat mengatasi masalah kesihatan seperti sakit dada, jantung, lelah, lemah paru-paru, angina dalam badan, mengubati darah, penghadaman, usus serta membuang keracunan badan.

Lihat kitab Al-Qanun Fi-Al-Tib muka surat 558-559, kitab Tibun Nabawi muka surat 293 dan kitab Sidliyah Al-A'tor muka surat 293-294 dan serta kitab Sidliyah A;-I'syab muka surat 253.

CARA MAKAN

Campurkan kesemua serbuk herba ke dalam bekas madu. Digaul sehingga sebati. Setelah dicampur, kaedah ini dapat bertahan sehingga 2 bulan. Dimakan 1 sudu (10 gm) 1-2 kali sehari (pagi dan malam)

  | Pengenalan | Faqeh | Madu Minda | Li Khamsatun | Khal | Saffron | Kopi Ibnu SIna | Teh Halia Za'faran |
  | Menjadi Ahli | Testimoni | Seminar & Kursus | Hubungi Kami |