Make your own free website on Tripod.com
   
  | Pengenalan | Faqeh | Madu Minda | Li Khamsatun | Khal | Saffron | Kopi Ibnu SIna | Teh Halia Za'faran |
  | Menjadi Ahli | Testimoni | Seminar & Kursus | Hubungi Kami |
 
 

 
Harga  
RM 36.00 Sem. M'sia
RM 37.50 Sabah/ Sarawak / Brunei
$21.00 S'pore
RM 28.00 Harga Ahli
   
 


MADU MINDA


Faqeh Madu Minda
adalah makanan kecerdasan minda , membina akal yang cemerlang . Memahami tentang kepentingan akal anugerah Allah yang terpenting kepada manusia, maka syarikat ini berusaha membuat kajian ilmiah yang mendalam tentang makanan kecerdasan minda yang bersumberkan daripada Al-Quran, Al-Sunnah, kitab Ulamak Perubatan Islam serta semua saluran maklumat moden terkini.

Produk ini mengandungi 12 nas atau dalil bahan makanan khusus untuk otak yang cerdas. Inilah 12 rahsia kenapa Ulamak Islam terdahulu dapat menghafal Al-Quran dan beribu hadis sejak kecil serta bijka berijtihad . Dua belas bahan makanan ini kami gabungkan bersama madu asli bermutu dari Negara Islam Iran dalam bentuk cecair madu, tanpa sebarang bahan pengawet. 12 bahan makanan ini adalah

  • A'sal (Madu lebah)
  • Karaps (Bijirin)
  • Za'faran (Stigma Bunga)
  • Su'dun (Akar Tumbuhan)
  • Qaranful (Bunga)
  • Lubban (Getah Pokok)
  • Zanjabil (Halia)
  • Khardal (Bijirin)
  • Na'na (Daun Pudina)
  • Habbatus Sauda' (Bijirin)
  • A'das (Bijirin)
  • Zabib (Kismins)

Madu diambil dari Negara Islam Iran kerana khasiatnya yang banyak disebabkan lebah disana menghisap madu dari pohon kurma, tin, zaitun, delima dan sebagainya yang mana kesemua buah-buahan ini disebut dalam Al-Quran dan kitab-kitab perubatan Islam tentang khasiatnya yang sangat banyak. Madu ini sedap dan mudah dimakan oleh kanak-kanak membesar dari 1 tahun hingga orang dewasa lanjut usia .

KHASIAT FAQEH MADU MINDA

  • Kanak-kanak membesar dengan pertumbuhan akal yang cerdas, pintar serta sihat.
  • Untuk pelajar rendah, menengah dan universiti supaya dapat menerima pelajaran dengan baik, aktif berdaya saing.
  • Untuk orang dewasa, lanjut usia, mengekalkan ingatan, elak lupa serta nyanyuk. Baik untuk penyakit mental, sakit kepala dan seumpamanya.

KETERANGAN RINGKAS SETIAP 12 BAHAN DALAM FAQEH MADU MINDA

1. A'sal (Madu lebah)

Dalam Kitab Perubatan Islam dinyatakan bahawa madu hendaklah dicampurkan dengan beberapa bahan lain untuk kecerdasan minda sepertimana yang diterangkan nanti. Kebaikan madu terdapat dalam Al-Quran, surah Al-Nahl ayat 68-69

Maksudnya: "...dari perut lebah itu keluar minuman ( madu ) yang bermacam-macam warna. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan penyakit manusia."

Dalam kitab al-has a'lahafzailmu oleh Abdul Rahman Al-Juziah (meninggal dunia 598H) menyatakan bahawa

"Hendaklah kamu mengambil madu kerana ianya baik untuk ingatan."

2. Karaps (Bijirin)

Dalam kitab Tibbun nabi , muka surat 47, Nabi SAW sendiri menyatakan kebaikan karaps untuk kecerdasan minda dengan sabda Baginda SAW:

Maksudnya: "Makanlah oleh kamu karaps , kerana ianya menguatkan ingatan, karaps dari makanan Khidir (Nabi Allah Khidir a.s)"

Sabda Baginda SAW lagi tentang kebaikan karaps:

Maksudnya: "Hendaklah kamu mengambil karaps , jika sekiranya sesuatu dapat menambah akal, maka ianya adalah karaps."

3. Za'faran (Stigma bunga)

Stigma Bunga Za'faran merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali sebagai " King Of Spices ". Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Za'faran sangat baik untuk kecerdasan minda. Dalam kitab Tibbul Imama A'li , muka surat 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan:

Maksudnya: "Sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir."

4. Su'dun (Akar tumbuhan)

Kebaikan Su'dun untuk kecerdasan minda seperti dalam kenyataan bahan nombor 3 di atas. Za'faran dan Su'dun dikehendaki makan bersama madu pada setiap hari.

5. Qaranful (Bunga)

Dalam kitab Tibbul Imamal Sodiq muka surat 381, Imam Ja'afar Al-Sodiq (r.a), lahir pada 80H, ( guru kepada Imam Abu Hanifah r.a), pernah menerangkan masalah kecerdasan minda kepada muridnya Abi Basir iaitu:

Maksudnya: " Berkata Abi Basir, aku bertanya kepada Al-Sodiq (Imam Ja'afar Al-Sodiq). Bagaimana kami berupaya mengingati ilmu yang engkau sebarkan kepada kami? Lalu Imam Ja'afar Al-Sodiq berkata, Ambillah seberat 10 dirham (lebih kurang 10 sudu) Qaranful , begitu juga kundur zikri ( lubban ) serta ditumbuk halus keduanya, lalu diletakkan di atas lidah (dihisap) pada setiap hari."

6. Lubban (Getah pokok)

Lubban disebut juga sebagai kundur zikri seperti dalam kenyataan Imam Ja'far r.h pada kenyataan bahan nombor 5 di atas. Lubban dikenali umum oleh orang Arab sejak dahulu kala sebagai makanan kecerdasan minda. Banyak riwayat di antaranya dalam kitab Tibbun nabi , muka surat 355 menyebutkan riwayat dari Ibnu Abbas r.d, Anas r.a dan Sayidina Ali k.w:

Maksudnya: "Diriwayatkan dari Sayidina Ali k.w bahawa dia menyatakan kepada seorang lelaki yang mengadu kepadanya tentang masalah penyakit lupa. Lalu Sayidina Ali k.w menyuruh ia menggunakan lubban , kerana lubban dapat menguatkan hati serta menghilangkan masalah kelupaan."

7. Zanjabil (Ubi Tumbuhan/ halia)

Zanjabil terdapat dalam Al-Quran, iaitu surah Al-Ihsan ayat 18 :

Maksudnya: "..mereka dalam syurga itu, diberi minum sejenis minuman campurannya zanjabil ."

Dalam kitan Tibbul . muka surat 388 dan kitab Tibbul Imama Ar-Ridho muka surat 121, menyebutkan riwayat ulamak yang terkenal iaitu Imam Al-Ridho r.h (141-203H) menyatakan bahawa:

Maksudnya: " Sesiapa yang ingin mengatasi masalah lupa dan menguatkan ingatan maka hendaklah dia makan tiga potong zanjabil yang dicampur dengan madu dan juga khardal (Sejenis bijirin) bersama dengan makanan pada setiap hari."

8. Khardal (Bijirin)

Secara ringkas, kebaikan khardal dan kecerdasan minda seperti dalam kenyataan bahan nombor 7 di atas pada kenyataan Imam Al-Ridho r.h (141-203H), menyuruh kita memakaan khardal dan zanjabil bersama madu pada setiap hari.

9. Na'na (Daun pudina)

Dr. Riyad Muhammad , salah seoarang ulamak perubatan Islam moden dari Mesir dalam kitabnya Dalil al mua'lijinn bil quran nul karim muka surat 298, menyuruh kita memasukkan daun na'na dan habbatus sauda' ke dalam madu untuk kecemerlangan minda, beliau menyatakan:

Maksudnya: " Digoreng (dikeringkan) na'na serta dihaluskan kemudian dicampur dengan madu, selepas itu dimasukkan tujuh titik minyak habbatus sauda' diminum suam-suam serta di baca ayat Al-Ruqayyah sebanyak 7 kali , ayat Syifa' serta Surah Yassin."'

10. Habbatus sauda' (Bijirin)

Kegunaan habbatus sauda' bersama madu untuk kecerdasan minda seperti kenyataan bahan nombor 9 di atas. Dalil atau nas kebaikan habbatus sauda' terlalu banyak diantaranya sabda Rasullullah SAW dalam hadis sohih diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Baginda SAW menyatakan:

Maksudnya: "Daripada hadis Abi Salamah r.d bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "hendaklah kamu mengambil habbatus sauda' ini, kerana ianya penyembuh bagi setiap penyakit, melainkan mati"

11. A'das (Bijirin) -keluarga kacang parpu

A'das adalah makanan yang disebut dalam Al-Quran, surah Al-Baqarah ayat 61 . A'das dapat menguatkan ingatan seperti mana dalam kitab Tibbul . muka surat 389 menyebutkan:

Maksudnya: "Terdapat berita menyatakan bahawa perkara yang menguatkan ingatan ialah memakan daging di kawasan tengkok binatang (halal), makan yang manis-manis (seperti madu), makan a'das , makan roti dan membaca ayat Al-Kursi."

12. Zabib (Kismis)

Dalam kitab Tibbun nabawi oleh Ibnu Qayyim Al-Juzi , muka surat 241 menyebutkan bahawa:

Maksudnya: " Imam Al-Zuhri berkata: sesiapa yang ingin menghafal hadis, maka dia hendaklah makan zabib (kismis) " .

Empat nasihat Imam Shafie r.h untuk menambahkan kecerdasaan akal:

  • Meningggalkan cakap-cakap kosong
  • Menggunakan siwak (kayu sugi)
  • Duduk bersama majlis orang-orang soleh
  • Duduk bersama majlis ulamak
CARA MAKAN
Sebelum makan, hendaklah diniat untuk kececerdasan minda demi beribadat kepada Allah. Membaca solawat kepada Nabi SAW serta keluarganya dan membaca surah Al-Fatihah.
  • Umur 1 - 5 tahun = 1/2 sudu kecil
  • Umur 6 - 12 tahun = 1 sudu kecil,
  • Umur 13 tahun ke atas = 2 sudu kecil.

Dimakan 2 kali sehari, pagi dan malam.


  | Pengenalan | Faqeh | Madu Minda | Li Khamsatun | Khal | Saffron | Kopi Ibnu SIna | Teh Halia Za'faran |
  | Menjadi Ahli | Testimoni | Seminar & Kursus | Hubungi Kami |