Make your own free website on Tripod.com
   
  | Pengenalan | Faqeh | Madu Minda | Li Khamsatun | Khal | Saffron | Kopi Ibnu SIna | Teh Halia Za'faran |
  | Menjadi Ahli | Testimoni | Seminar & Kursus | Hubungi Kami |
 
 

 
  Harga:  
  RM 19.00 Sem. M'sia
  RM 20.50 Sabah/ Sarawak/ Brunei
     
  RM 16.00 Harga Ahli

1 bungkus = 20 sachets

 

TEH HALIA & ZA'FARAN

The Halia & Za'faran ialah minuman berkhasiat pilihan ulamak perubatan Islam sejak dahulu hingga ke hari ini. Herba ini amat baik untuk masalah paru-paru, sakit kepala (migrain), sukar tidur malam (insomnia), masalah hati (hepatitis) dan lain-lain penyakit.

KETERANGAN RINGKAS 2 HERBA DALAM THE HALIA & ZA'FARAN

1. Zanjabil (Halia)

Sudah menjadi amalan kebiasaan orang-orang Arab sejak zaman dahulu hingga sekarang, mereka memasukkan zanjabil dalam minuman harian teh, kopi, susu dan madu kerana khasiatnya yang sangat banyak menurut perubatan Islam,

Zanjabil adalah salah satu herba yang disebut dalam Al-Quran dalam surah Al-Insan ayat 18.

Maksudnya: "Mereka dalam syurga ini diberi sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil .

Khasiat Zanjabil

Menurut kitab-kitab perubatan Islam, zanjabil dapat mengatasi masalah kesihatan seperti sakit dada, jantung, lelah, lemah paru-paru, angina dalam badan, mengubati darah, penghadaman, usus serta membuang keracunan badan.

Lihat kitab Al-Qanun Fi-Al-Tib muka surat 558-559, kitab Tibun Nabawi muka surat 293 dan kitab Sidliyah Al-A'tor muka surat 293-294 dan serta kitab Sidliyah A;-I'syab muka surat 253.

2. Za'faran (Stigma Bunga)

Dalam kitab Tibbul Imama A'li , muka surat 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan:

Maksudnya: "Sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir."

Za'faran adalah sejenis bunga yang paling berharga dan mempunyai banyak khasiat dan terkenal kegunaannya dalam bidang perubatan. Malah ianya sebagai bahan campuran semula jadi dalam pelbagai jenis makanan dan minumam serta di bidang kosmetik.

Ulamak-ulamak perubatan Islam telah membuat kajian dan mengesahkan tentang khasiat-khasiatnya sebagaimana yang tercatat di dalam kitab-kitab perubatan Islam. Malah ahli-ahli perubatan moden barat juga telah mengakui tentang kehebatan za'faran ini.

Bagi mendapatkan 10 grams stigma(filamen) za'faran, ianya memerlukan 1000 kuntum bunga za'faran. Maka tidak hairanlah harganya mencecah sehingga RM 20,000.00 per kilogram. Ia juga dikenali sebagai salah satu herba yang paling mahal di dunia.

Za'faran kaya dengan vitamin B1 dan B2 (Riboflavin dan tiamin).

Di antara khasiat za'faran adalah:

  • Membantu menyempurnakan proses penghadaman
  • Menguatkan ingatan
  • Merawat anemia
  • Mengawal tekanan darah dan kolestrol
  • Mengurangkan risiko serangan sakit jantung
  • Melancarkan pengaliran darah
  • Merawat penyakit saraf
  • Mengurangkan keletihan
  • Mengurangkan sembelit, bisa-bisa sendi
  • Penenang diri
  • Perangsang tenaga batin
  • banyak lagi (di buat kajian oleh saintis barat)

Pengambilan secara tetap minuman ini pada setiap hari akan membolehkan tubuh untuk membina daya ketahanan menghadapi pelbagai penyakit seperti asma dan demam biasa.

  | Pengenalan | Faqeh | Madu Minda | Li Khamsatun | Khal | Saffron | Kopi Ibnu SIna | Teh Halia Za'faran |
  | Menjadi Ahli | Testimoni | Seminar & Kursus | Hubungi Kami |